UMAT Islam saat ini menderita bukan sahaja disebabkan mereka jauh daripada ajaran agama, tetapi juga jauh daripada hubungan dengan penghulu yang menyampaikan risalah Islam kepada mereka iaitulah Sayyidina Rasulullah SAW. Umat Islam bukan sahaja setakat gagal menghayati seluruh isi kandungan ajaran Islam dengan baik, malah mereka tidak mampu menghayati kemanisan iman. Rasulullah SAW pernah bersabda:
Maksudnya "Tidak beriman seseorang itu (dengan iman yang sempurna) sehinggalah aku menjadi paling dicintai olehnya lebih daripada anaknya sendiri, ayahnya & daripada seluruh manusia" (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari (No.14) & Imam Muslim)
Di dalam hadis di atas jelas menunjukkan bahawa cinta kepada Rasulullah SAW adalah sebahagian daripada kesempurnaan iman & pendorong kepada kemanisan iman. Bahkan, kecintaan tersebut bukan semata-mata cinta, tetapi cinta tersebut perlulah suatu kemuncak cinta yang mengatasi cinta seseorang kepada dirinya & seluruh manusia yang lain.
Penulis : Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
Penerbit : Pelima Media Sdn Bhd
Penerbit : Pelima Media Sdn Bhd
Halaman : 91 muka surat
Tahun Terbitan : 2011
Harga : RM10.00 (Semenanjung Malaysia) / RM12.00 (Sabah/Sarawak) - Harga adalah termasuk dengan kos penghantaran
Sila email ke lamanannur@yahoo.com atau lamanannur08@gmail.com atau sms ke +6012-385 0676 untuk membuat tempahan/penerangan tentang proses pembelian & penghantaran.
Wassalam
lamanannur


No comments:
Post a Comment